Force 136

Force 136 adalah nama samaran umum bagi satu cawangan pertubuhan Eksekutif Operasi Khas (SOE), Britain semasa Perang Dunia II. Pertubuhan ini diwujudkan bagi menggalakan dan membekal pergerakkan penentangan di wilayah dalam kawalan musuh, dan sering kali melaksanakan operasi-operasi sabotaj. Force 136 beroperasi di wilayah-wilayah Kancah Asia Tenggara (Perang Dunia Kedua) yang diduduki oleh tentera Jepun sejak tahun 1941 sehingga 1945.Sungguhpun pemerintah atas Force 136 merupakan pegawai British dan orang awam, kebanyakan yang dilatih dan digunakannya sebagai agen merupakan penduduk tempatan di kawasan mereka beroperasi. Orang British, Amerika atau Eropah yang lain tidak dapat beroperasi secara senyap di bandar atau kawasan berpenduduk di Asia, tetapi sebaik sahaja pergerakan penentang terbabit dalam pemberontakan secara terbuka, anggota pasukan bersenjata Bersekutu yang mengetahui bahasa dan penduduk tempatan menjadi perhubungan penting dengan pasukan konventional. Terutamanya di Burma, SOE mampu menarik ramai bekas pengurus perhutanan dan sebagainya, yang fasih dalam bahasa Burma atau bahasa tempatan lain sebelum perang, dan yang yang telah dilantik dalam Tentera India British apabila Jepun menjajah Burma.